Tuesday 2 September 2014

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN MAMPU MENCAPAI PERPADUAN-ASSIGNMENT SOSIOEKONOMI

      Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
    Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin sesuai dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"Bahawasanya, dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."
   Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
    Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang  utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin serta menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.serta mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Selain itu, tatacara pengurusan pendidikan dilicinkan, memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978, menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu disamping mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun dan mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada  kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. Bukan itu sahaja, strategi lain seperti menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada  tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 juga bermatlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.

     Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengadakan dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Sistem pendidikan merupakan asas yang penting dalammembangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang bangsa dan latar belakang sosio budaya yang berbeza. Oleh itu, setiap dasar yang dilaksanakan perlualah selari dengan keperluanmasyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pendidikan semata-mata, tetapi juga sebagaialat untuk merealisasikan perpaduan dan memupuk integrasi antara kaum. Namun, dengan wujudnya sekolah sistem pelbagai aliran sepertiSekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, didapati usaha untuk memupuk integrasi kaum tidak akan dapat dicapai keberkesanannya. Justeru itu, kerajaan perlu memberikan perhatian yang serius dalam memikirkan jalan yang terbaik untuk menggalakkan integrasi kaum dan mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin pada hari ini. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.

Tuesday 19 August 2014

PANDUAN MENGAMBIL NOTA....

Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.



Mengapa perlu Membuat nota ?
  1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
  2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
  3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
  4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
  5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
  6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.



Nota daripada buku teks
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.
Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
  1. Membantu pelajar memhami pelajaran
  2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
  3. Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.



Teknik Mencatat Nota
Berikut ada   beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
  1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
  2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
  3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula  [4 w + h]


What         [Apa]


Why         [kenapa]


When        [bila]


Where       [di mana]


How           [bagaimana]          

4.    Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan        penjelasan.

5.    Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.


Ciri-Ciri Nota Yang Baik


  1. Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
  2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
  3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
  4. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
  5. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
  6. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
  7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.