Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin
dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan
satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun
dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai
rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat
bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal
telah lama disedari. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul
kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya
diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan
penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan
dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Pada asasnya Laporan Razak
mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa
untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai
dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi
bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. Dasar pendidikan ini telah disemak
semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman
Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979.Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah
berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan
identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan
mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada
negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan.
Sistem ini mungkin sesuai dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila
Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu,
langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang
sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat
sendiri.Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran,
1961, iaitu:
"Bahawasanya,
dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan
politiknya..."
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi
dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa
Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini
diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya
ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.Falsafah
Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan
dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem
pendidikan kebangsaan.Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti menjadikan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mempelbagai dan
memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama
dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan, mempertingkatkan pendidikan
kerohanian, moral dan disiplin serta menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang
memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis,
pengakap, puteri Islam dan lain-lain.serta mewujudkan sistem peperiksaan yang
sama bagi semua sekolah. Selain itu, tatacara pengurusan pendidikan dilicinkan,
memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula
kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978, menjadikan Bahasa Kebangsaan dan
Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu disamping mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun dan mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. Bukan itu sahaja, strategi lain seperti menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 juga bermatlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu disamping mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun dan mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman. Bukan itu sahaja, strategi lain seperti menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 juga bermatlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan
Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengadakan dan memperkembangkan tenaga
pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan
pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa
Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan
tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan
Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian
Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Sistem pendidikan merupakan asas yang penting
dalammembangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia
merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang bangsa dan
latar belakang sosio budaya yang berbeza. Oleh itu, setiap dasar yang
dilaksanakan perlualah selari dengan keperluanmasyarakat. Dasar pendidikan yang
dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pendidikan semata-mata,
tetapi juga sebagaialat untuk merealisasikan perpaduan dan memupuk integrasi
antara kaum. Namun, dengan wujudnya sekolah sistem pelbagai aliran
sepertiSekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, didapati usaha untuk memupuk integrasi kaum tidak akan dapat
dicapai keberkesanannya. Justeru itu, kerajaan perlu memberikan perhatian yang
serius dalam memikirkan jalan yang terbaik untuk menggalakkan integrasi kaum
dan mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin pada hari ini. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan
yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa
pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah
untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita
sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji
bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan
kekuatan pembacaannya.
No comments:
Post a Comment